Sunday, October 24, 2010

Kisah di Sebalik Lagu Seasons in The Sun

Pertama kali mendengar lagu ‘Seasons in the Sun’ dari nyanyian Westlife. Lagu nie lagu lama tapi aku xtau sape penyanyi asalnya, sape ah?

Mula2 aku ingatkan lagu ni lagu riang-ria sebab ada bait ‘we have joy we have fun, we have seasons in the sun…’, tapi bila dengar sampai habis macam sedih plak. Aku interpret as lagu tentang seorang tentera yang nak pergi berperang. Tapi dia ‘blacksheep in the family plak’. Hm, mungkin dia pernah melakukan sesuatu yang memalukan keluarga.

Aku pon ade dgr banyak versi pasal lagu Seasons in The Sun nie.. salah satu versinye cam nie..

Faruk (bukan nama sebenar) berkawan baik dengan Yusry (bukan nama sebenar). Mereka tinggal sekampung & childhood friend yang sangat kamceng. Main sama2.. Diceritakan dalam lagu ni yang mereka panjat pokok, panjat bukit… Si Yusry ni kira orang yang paling dipercayai oleh Faruk.
Faruk pula adalah anak harapan keluarga. Kira well groomed untuk menjadi seorang yang berjaya dalam hidupnya.

Semasa bersekolah mereka berdua ni kenal dan baik dengan seorang budak perempuan bernama Siti (bukan nama sebenar). Dalam diam2 rupanya Faruk dan Yusry saling menaruh hati kepada Siti.
Faruk ni orangnya handsome, kacak, berkaliber, berani, bijak, charming ala2 macam Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor la kiranya. Yusry pula orangnya pemalu sikit, lemah lembut, kiranya jaranglah nampak ketrampilan dia. Dalam hal memikat perempuan (Siti) mestilah Faruk yang menyerlah. Yusry pula, walaupun turut menaruh hati pada Siti tapi dia mengalah sebab kawan baiknya.

Bila masing2 dah besar, hubungan Faruk dan Siti berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Yusry pula agak patah hati tapi dia tetap berkawan baik dengan Faruk dan Siti. Faruk ni kerjanya selalu tak ada di rumah, outstation manjang. Lepas tu si Yusry selalulah datang ke rumah Faruk semasa ketiadaannya, untuk tolong2 Siti buat kerja rumah, tak buat benda bukan2 ya. Tapi Faruk tak tahu tentang ni.
Akhirnya satu hari Faruk balik secara surprise, dan mendapati Yusry ada di rumahnya. Kerana terlalu marah, Faruk telah membunuh Yusry dan Siti, tanpa sebarang alasan.

Tapi lepas kejadian tu, dia rasa bersalah, kerana yang dibunuhnya adalah kawan yang paling dipercayai, dan isteri yang paling dicintai. Susah nak ungkap perasaannya, rasa sangat kecewa bila tengok kawan yang paling dia percaya ada bersama isterinya, di rumah mereka. Tapi dalam masa yang sama dia amat sayang pada kedua-duanya. Faruk akhirnya melaporkan kes itu kepada polis, dan menyerah diri.
Seasons in The Sun kononnya adalah puisi yang ditulis oleh Faruk semasa menunggu masa untuk menerima hukuman.
Setelah mengetahui cerita di sebalik lagu Seasons in The Sun...

Goodbye to you my trusted friend
We’ve known each other since we were nine or ten
Together we’ve climbed hills and trees
Learned of love and ABC’s
Skinned our hearts and skinned our knees
Goodbye my friend it’s hard to die
When all the birds are singing in the sky
Now that spring is in the air
Pretty girls are everywhere
Think of me and I’ll be there


We had joy, we had fun
we had seasons in the sun
But the hills that we climbed
Were just seasons out of time


Goodbye Papa please pray for me
I was the black sheep of the family
You tried to teach me right from wrong
Too much wine and too much song
Wonder how I got along
Goodbye Papa it’s hard to die
When all the birds are singing in the sky
Now that the spring is in the air
Little children everywhere
When you see them, I’ll be there


We had joy, we had fun
We had seasons in the sun
But the wine and the song
Like the seasons have all gone
We had joy, we had fun
We had seasons in the sun
But the wine and the song
Like the seasons have all gone


Goodbye Michelle my little one
You gave me love and helped me find the sun
And every time that I was down
You would always come around
And get my feet back on the ground
Goodbye Michelle it’s hard to die
When all the birds are singing in the sky
Now that the spring is in the air
With the flowers everywhere
I wish that we could both be there



Kalau versi asal lagu ni, dia tujukan untuk ‘my wife’ tapi sekarang jadi Michelle. Mungkin anak dia kot..
Make sense la cerita tu dengan lagu ni. Haha. Ada sesapa yang punya cerita versi lain??

Thursday, October 7, 2010

SUNGAI CHILING!!



So nak di jadikan cerita, hari ahad lepas aku dengan kawan2 sekepale pergi la sungai chiling kat kuala kubu bharu. Saja nak try tengok best ke tak, asyik2 pergi sungai congkak la ulu yam so kali ni jalan jauh sket. Perjalanan dari damansara amek masa lebih kurang 1 jam jugak la. Biasa la janji orang kite.. mula2 cakap kol 7 dah ade dekat mahbub tapi last2 kol 9 baru nampak batang idong sume! haha.
 

Sepanjang perjalanan kiteorang redah kampung2, hutan2 yang cukup mendamaikan jiwe kalbu! Kalau nak cari tempat mcm tu kat kl memang tak dapat la kan! Yang korang dapat hanyelah habuk, asap dan jem! So bertuah jugak la kiteorang dapat pergi hari tu.. atleast dapat lah jugak menghirup udara segar sepanjang perjalanan. Sebelum sampai sungai chiling tu kiteorang singgah amek gambar tasik yang cukup cantik! Bak kata rakan aku.. beliau macam tak percaye kat selangor ade tempat cantik macam tu.. Lebih kurang 20 minit jugak la kiteorang amek gambar, posing, tak lupe jugak kencing sebab tak tahan sangat. Harap2 lalang tu tak mati la kene racun rumpai kiteorang! Hehe! Sampai je kat pintu gerbang sungai chiling tu kteorang confuse jugak sebab sebijik kete pon tak nampak.. dan aku dipahamkan oleh rakan aku mungkin kiteorang sampai terlalu awal. So pedulikan semua tu kiteorang terus angkat beg, kamera dan makanan sebab masing2 tak sabar nak mandi! Perlu di ingat kat sini korang kene bawak makanan sendiri sebab kat dalam tu takde orang jual2 macam kat ulu yam siap ade jual burger atau erti kata lain tempat ni di jaga dari segi kebersihan.




Lepas da amek gambar kenangan mcm korg nampak kat atas tu kiteorang pon start la berjalan. Perjalanan dari pintu gerbang sampai ke air terjun mengambil masa lebih kurang 45minit - 1jam.. bergantung pada kelajuan kaki korang la. Tapi sebelum tu kiteorang kene bayar sorang seringgit dan daftar berape orang kat kaunter pendaftaran sebagai langkah2 keselamatan. Dah lepas bayar kiteorang pon start la berjalan naik ke atas. Untuk pengetahuan korang.. untuk sampai ke atas korang kene merentasi 5 anak sungai sepanjang perjalanan. Walaupon penat tapi puas hati sebab sepanjang perjalanan korang akan melihat flora & fauna sekeliling korang termasuk la pokok periuk kera.


Lebih kurang 45minit meredah sungai, lumpur dan belukar akhirnya sampai jugak kiteorang ke tempat dituju! Masing2 da happy gile bile nampak air terjun turun dari atas! Perghhh!! lawa siot! Riak wajah masing2 sume nampak semacam tanda puas (mungkin penat meredah hutan, sungai tadi dah berbalas!) Pastu kat aliran sungai tu ade ratusan ikan kelah yang jinak macam tunggu makanan dari kiteorang. Mungkin lapa dari semalam belum makan kot. Kiteorang bagi la roti yang bawak tadi. Sekali campak beratus yang berebut. Last2 nak habis 1 buku kiteorang bagi ikan je makan sampaikan jem tak terusik sebab dah xde roti nak sapu. haha.





Lebih kurang 2-3 jam berendam, menyelam, terjun tiruk mcm mr bean kiteorang pon berkemas untuk balik.. time nie orang ramai dah mula datang so dah tak seronok nak mandi2 lagi. bagi chance kat dorang pulak la.. Lepas siap berkemas kiteorang pon start la menapak mengharungi perjalanan balik 45minit lagi.. penat memang penat tapi kepuasan telah menghilangkan perasaan penat tu.. Bila sampai rumah sume dah lesu.. dan yang paling best sekali esoknye bile bangun tido kiteorang sume telah merasa nikmat yang cukup hebat sekali iaitu SENGAL-SENGAL BADAN!! 

BEST LAH!!