Thursday, October 7, 2010

SUNGAI CHILING!!



So nak di jadikan cerita, hari ahad lepas aku dengan kawan2 sekepale pergi la sungai chiling kat kuala kubu bharu. Saja nak try tengok best ke tak, asyik2 pergi sungai congkak la ulu yam so kali ni jalan jauh sket. Perjalanan dari damansara amek masa lebih kurang 1 jam jugak la. Biasa la janji orang kite.. mula2 cakap kol 7 dah ade dekat mahbub tapi last2 kol 9 baru nampak batang idong sume! haha.
 

Sepanjang perjalanan kiteorang redah kampung2, hutan2 yang cukup mendamaikan jiwe kalbu! Kalau nak cari tempat mcm tu kat kl memang tak dapat la kan! Yang korang dapat hanyelah habuk, asap dan jem! So bertuah jugak la kiteorang dapat pergi hari tu.. atleast dapat lah jugak menghirup udara segar sepanjang perjalanan. Sebelum sampai sungai chiling tu kiteorang singgah amek gambar tasik yang cukup cantik! Bak kata rakan aku.. beliau macam tak percaye kat selangor ade tempat cantik macam tu.. Lebih kurang 20 minit jugak la kiteorang amek gambar, posing, tak lupe jugak kencing sebab tak tahan sangat. Harap2 lalang tu tak mati la kene racun rumpai kiteorang! Hehe! Sampai je kat pintu gerbang sungai chiling tu kteorang confuse jugak sebab sebijik kete pon tak nampak.. dan aku dipahamkan oleh rakan aku mungkin kiteorang sampai terlalu awal. So pedulikan semua tu kiteorang terus angkat beg, kamera dan makanan sebab masing2 tak sabar nak mandi! Perlu di ingat kat sini korang kene bawak makanan sendiri sebab kat dalam tu takde orang jual2 macam kat ulu yam siap ade jual burger atau erti kata lain tempat ni di jaga dari segi kebersihan.




Lepas da amek gambar kenangan mcm korg nampak kat atas tu kiteorang pon start la berjalan. Perjalanan dari pintu gerbang sampai ke air terjun mengambil masa lebih kurang 45minit - 1jam.. bergantung pada kelajuan kaki korang la. Tapi sebelum tu kiteorang kene bayar sorang seringgit dan daftar berape orang kat kaunter pendaftaran sebagai langkah2 keselamatan. Dah lepas bayar kiteorang pon start la berjalan naik ke atas. Untuk pengetahuan korang.. untuk sampai ke atas korang kene merentasi 5 anak sungai sepanjang perjalanan. Walaupon penat tapi puas hati sebab sepanjang perjalanan korang akan melihat flora & fauna sekeliling korang termasuk la pokok periuk kera.


Lebih kurang 45minit meredah sungai, lumpur dan belukar akhirnya sampai jugak kiteorang ke tempat dituju! Masing2 da happy gile bile nampak air terjun turun dari atas! Perghhh!! lawa siot! Riak wajah masing2 sume nampak semacam tanda puas (mungkin penat meredah hutan, sungai tadi dah berbalas!) Pastu kat aliran sungai tu ade ratusan ikan kelah yang jinak macam tunggu makanan dari kiteorang. Mungkin lapa dari semalam belum makan kot. Kiteorang bagi la roti yang bawak tadi. Sekali campak beratus yang berebut. Last2 nak habis 1 buku kiteorang bagi ikan je makan sampaikan jem tak terusik sebab dah xde roti nak sapu. haha.





Lebih kurang 2-3 jam berendam, menyelam, terjun tiruk mcm mr bean kiteorang pon berkemas untuk balik.. time nie orang ramai dah mula datang so dah tak seronok nak mandi2 lagi. bagi chance kat dorang pulak la.. Lepas siap berkemas kiteorang pon start la menapak mengharungi perjalanan balik 45minit lagi.. penat memang penat tapi kepuasan telah menghilangkan perasaan penat tu.. Bila sampai rumah sume dah lesu.. dan yang paling best sekali esoknye bile bangun tido kiteorang sume telah merasa nikmat yang cukup hebat sekali iaitu SENGAL-SENGAL BADAN!! 

BEST LAH!! 


No comments:

Post a Comment